Sunday, June 27, 2010

makanan budaya melayu.

makanan-makanan yang dibuat oleh melayu sangat disukai oleh budaya-budaya yang lain kerana makanan-makanannya semuanya enak. saya rasa begitu kerana ramai kawan-kawan saya yang berlain-lain banggsa dan juga agama suka makan makanan budaya melayu seperti nasi lemak, mee goreng kampung, nasi goreng kampung dan banyak lagi. Pada mereka, budaya melayu pandai memasak masakan yang enak dan memuaskan. kawan saya yang berasal dari agama lain sanggup makan makanan yang halal kerana makanan budaya melayu yang sedap pada mereka.Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewa dan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. . Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.


Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah seperti bawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.
Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskan pertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat untuk mengubati penyakit diabitis dan juga tekanan darah tinggi.Di singapura pula, makanannya semua lain daripada yang lain. Singapura mengikuti cara-cara negara dan budaya lain seperti budaya negara selatan.

Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di kedua-dua singapura dan juga malaysia.Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng.


Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran.


ini sahajalah yang saya mahu ornag di dunia ini tahu tentang budaya melayu di serata dunia ini. :DD

Sunday, June 13, 2010